Glamor Eksklusif

Majlis Perkahwinan Mewah dan Berkonsep Organik di Amankila, Bali

Kisah cinta Leeana dan Tim bermula dengan cara yang langsung tidak mereka jangka. Pertemuan di tempat kerja pada…

Majlis Perkahwinan Mewah dan Berkonsep Organik di Amankila, Bali
Kongsi artikel iniWhatsApp
Pengantin berkucupan di pentas majlis, dikelilingi tiang bunga putih tinggi dengan laut sebagai latar

Kisah cinta Leeana dan Tim bermula dengan cara yang langsung tidak mereka jangka. Pertemuan di tempat kerja pada awalnya biasa-biasa sahaja, namun perlahan-lahan wujud rasa tertarik antara satu sama lain. Secara kebetulan, pertukaran tempat duduk di pejabat membuatkan mereka lebih kerap berbual dan menjadi semakin rapat. Sejak itu, setiap pagi ke tempat kerja terasa lebih istimewa kerana mereka tahu akan bertemu. Apabila Tim memberanikan diri mengajak Leeana keluar, detik itu menjadi permulaan kepada perjalanan cinta yang manis dan penuh kegembiraan. Hanya enam bulan kemudian, Tim sudah yakin bahawa Leeana ialah wanita yang ingin dijadikannya isteri.

Potret pengantin perempuan bergaun putih berlengan berkerut dan kalung mutiara di depan rak buku
Di pavilion kayu terbuka, pengantin lelaki bersandar pada tiang sementara pengantin perempuan duduk di katil santai
Pasangan pengantin berdiri di laluan rumput antara dinding batu berlumut dan hutan tebal

Pada tahun 2019, Tim melamar Leeana ketika mereka bercuti di New Zealand. Namun, impian perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan seketika kerana pandemik. Apabila tiba masa untuk memilih lokasi perkahwinan, keputusan mereka sebenarnya sudah jelas. Semasa perjalanan pertama sebagai pasangan, mereka pernah menghabiskan masa yang bermakna di Bali, terutama di ‘Joglo hut’ milik keluarga Leeana di Ubud. Sejak itu, Bali sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati mereka. Akhirnya, mereka memilih untuk meraikan hari bahagia di Amankila, Bali iaitu sebuah lokasi yang terkenal dengan suasana yang tenang dan memukau. Terletak di lereng bukit menghijau di bawah Gunung Agung yang suci dan menghadap Selat Lombok, nama “Aman” terasa sangat tepat kerana ia menggambarkan suasana tenang yang mereka inginkan. Keindahan Amankila memang sukar digambarkan. Gabungan suasana alam yang rimbun dan seni bina yang selaras dengan persekitaran menjadikannya lokasi sempurna untuk pasangan yang menghargai alam dan estetika. Latar semula jadi yang indah ini benar-benar menyempurnakan cita rasa mereka.

Di pantai berpasir kelabu, pasangan pengantin berpelukan sementara ombak memecah di belakang mereka
Pengantin perempuan bergaun renda berjalan di depan pengantin lelaki, dirakam hitam putih dan kabur
Pengantin perempuan berdiri seorang diri di pantai dengan gaun renda panjang dan tebing hijau di belakang

Majlis mereka diadakan dalam suasana intim tetapi tetap hangat, dengan 50 orang rakan rapat dan ahli keluarga hadir meraikan. Keluarga terdekat dan sahabat baik datang dari pelbagai negara, menjadikan hari perkahwinan itu bukan sekadar sebuah majlis tetapi juga pertemuan semula yang sangat istimewa. “Kami memang mahu konsep perkahwinan yang berasaskan kelestarian dan menggunakan sumber tempatan. Selain meraikan hari bahagia kami, kami juga mahu membantu komuniti Bali yang terkesan selepas pandemik. Jadi seboleh mungkin, kami memilih pembekal dan barang tempatan,” jelas Leena.

Pelinggih Bali beratap rumbia berbalut kain kuning dan emas berdiri di bawah pokok palma
Seorang gadis berpakaian tradisional Bali tersenyum sambil memegang mangkuk bunga di bawah payung upacara
Hiasan tropika di atas rumput: bunga heliconia merah jambu, sikat pisang, nanas, betik dan kelapa muda
Bakul rotan bulat diletakkan antara nanas, betik dan kelapa yang dibelah dua
Sambil berpegangan tangan, pasangan pengantin melintasi rumput di dalam khemah yang dipenuhi kerusi rotan
Meja bulat berkain putih dengan gubahan bunga merah menyala dan kerusi rotan di bawah khemah
Lampu gantung rotan dan juraian dedaun hijau digantung pada siling khemah putih
Dua tetamu wanita ketawa sambil memegang gelas koktel di kawasan rumput berhampiran pokok kelapa
Kelapa muda berukir nama pengantin disusun di atas daun pisang untuk minuman tetamu
Tetamu berbual di laman berumput berdekatan khemah putih dan payung Bali ketika senja
Empat tukang masak membakar sate di atas panggangan panjang dalam kepulan asap pada waktu malam
Malam hari di bawah pokok kelapa, pasangan pengantin berpegangan tangan dengan khemah bercahaya di belakang
Khemah putih bercahaya kuning di celah batang kelapa yang tinggi ketika langit senja membiru
Penari Bali mengangkat obor menyala dalam persembahan tarian api di hadapan tetamu yang menonton
Empat penari api berpakaian tradisional membuka tangan memegang kipas berapi dalam kegelapan

Setiap acara dalam majlis mereka mempunyai tema yang berbeza. Untuk sambutan makan malam, mereka melilih tema Tropical Glam. Tetamu disambut dengan gadis-gadis bunga Bali dan hiasan tropika yang berwarna-warni di pintu masuk, membawa mereka ke sebuah khemah ala safari di bawah deretan pokok kelapa tinggi. Suasana ini benar-benar menghidupkan rasa percutian mewah di Bali. Di dalam khemah, dekorasinya menghias ruang dengan perabot rotan, bunga tropika dan buah-buahan tempatan. “Yang menariknya, hiasan itu sampai menarik jenis serangga seperti rama-rama dan lebah. Suasananya jadi lebih hidup dan cantik,” kata pasangan itu. Menu makan malam pula dipenuhi hidangan tempatan yang kaya rasa dan begitu menggugah selera. Kemudian, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian api di kawasan rumput yang menambah kehangatan malam tersebut. Sebelum hari besar mereka tiba, Tim dan Leeana sempat menikmati masa berdua di tepi pantai untuk menghargai detik-detik indah sebelum bermulanya majlis utama.

Beg cenderahati rotan berisi kad jadual acara diletakkan di atas katil bilik tetamu

Untuk menyambut kedatangan tetamu, pasangan ini menyiapkan beg cenderahati yang diletakkan di bilik hotel masing-masing. Mereka memilih beg rotan dan mengisinya dengan beberapa barang-barang pilihan seperti selimut buatan tangan berinspirasikan Turki, krim pelindungan matahari organik yang mesra reef-safe dari Republic of Soap Bali, semburan penghalau serangga berasaskan essential oil daripada Bali Utama Spice, serta snek tempatan yang sedap untuk dinikmati.

Kusyen dan payung disusun berbaris di tepi kolam menghadap wakaf beratap rumbia
Pengantin perempuan berjubah putih duduk memandang ke tepi dalam cahaya lembut
Sepasang kasut tumit putih berkancing kristal di bawah kelim gaun berbulu yang terangkat
Sepasang kasut baldu hitam pengantin lelaki di sebelah kelopak orkid putih, teko dan reben di atas tikar
Ahli keluarga menuntun pengantin perempuan menuruni tangga sambil kelubung panjangnya melurut di lantai

Apabila para tetamu tiba menggunakan shuttle dari vila masing-masing, mereka melalui laluan tangga batu kapur yang dikelilingi hutan hijau. Laluan itu membawa mereka terus ke pemandangan laut Lombok Straits yang terbentang luas dan sangat cantik. Tetamu diberikan tuala sejuk dan kipas daun palma buatan tangan untuk menyejukkan diri dalam cuaca panas. Di latar belakang, muzik okestra memainkan melodi lembut yang menambah suasana tenang dan romantik. Pengantin perempuan pula tampil dengan gaun A-line khas daripada Kyha Studios, dengan lengan puff off-shoulder yang menyerlahkan keanggunannya. Penampilannya dilengkapi dengan solekan soft glam yang natural serta sanggul rendah yang ringkas tetapi elegan.

Pengantin lelaki bertuksedo hitam menunggu di celah gubahan bunga putih dengan laut terbentang di belakang
Cincin disarungkan ke jari pengantin perempuan yang memegang jambangan orkid putih
Berdiri di altar bunga putih, pasangan pengantin berpegangan tangan dengan kapal-kapal kelihatan di laut
Tetamu menabur kelopak bunga putih ke udara ketika pasangan pengantin berkucupan di tangga
Potret kumpulan hitam putih seluruh tetamu di tangga, dengan bangunan beratap rumbia di belakang
Meja panjang jamuan berhias gubahan bunga putih tinggi dan kerusi rotan, laut kelihatan di sebelah kiri
Gubahan bunga putih setinggi tiang berdiri di tengah meja panjang, di ruang bersiling anyaman kayu
Siling bunga putih tergantung rendah di atas meja jamuan yang dipenuhi lilin, orkid dan alas rotan

Untuk makan malam resepsi, pasangan ini memilih gaya estetik kegemaran mereka iaitu moden organik, gabungan warna putih semula jadi, hijau dan elemen alam. “Kami memang mahu tekstur dan elemen yang digunakan selari dengan suasana semula jadi di sini. Sandat Floral dan Sweet Bella Project banyak membantu menjayakan idea kami. Kami sudah ada gambaran jelas, dan mereka betul-betul berjaya realisasikannya. Kami sama-sama membuat pemilihan hiasan bunga, menyesuaikan menu, dan milih dekorasi yang sesuai dengan tema perkahwinan serta persekitaran. Kami juga memang sangat sukakan rotan, jadi kami pilih sendiri kerusi dan alas meja yang padan dengan pemandangan cantik di sini. Amankila sudah cukup indah, jadi kami mahu dekorasi yang sederhana tetapi seiring dengan keindahan lokasinya,” jelas Leeana.

Kad menu, kain bercorak dan batu nama tetamu disusun di atas pinggan bulat beralas rotan
Meterai lilin menutup kad menu di atas pinggan putih beralas rotan, dengan lilin dan bunga di belakang

Pasangan kreatif ini turut menyesuaikan dekorasi meja makan mereka sendiri. Setiap kali ke Bali, mereka suka mengumpul seramik buatan tangan daripada artis tempatan. Jadi untuk majlis ini, mereka memilih pinggan mangkuk daripada dua butik seramik tempatan, iaitu Gaya Ceramics dan Jenggala. Mereka kemudian melengkapkan set meja itu dengan sapu tangan Batik khas yang direka sendiri oleh Tim. Corak Batik itu melambangkan budaya Melayu Leeana, manakala motif daun paku New Zealand mewakili asal-usul Tim.

Pasangan pengantin mengangkat gelas di meja utama pada waktu malam di bawah juraian bunga putih
Tetamu melaga gelas champagne untuk ucap selamat di meja jamuan yang diterangi lilin
Pancutan bunga api menyala di kiri dan kanan ketika pasangan pengantin berkucupan pada waktu malam

Makan malam itu dipenuhi ucapan yang penuh emosi dan perbualan yang penuh kegembiraan. Selepas makan, pasangan ini melakukan tarian pertama mereka. Walaupun sedikit gugup, mereka berjaya melakukannya dengan sempurna dan benar-benar menikmati detik itu. Cahaya sparklers menambahkan lagi suasana romantik. Live Band yang membuat persembahan memainkan lagu “Signed, Sealed, Delivered”, yang terus membuat tetamu bersemangat dan mula menari. Tidak mahu malam berakhir begitu sahaja, semua tetamu kemudian berkumpul di vila pasangan itu untuk menikmati masa santai bersama sebelum masing-masing berehat selepas hari yang panjang. Daripada semua momen yang indah itu, apa yang paling diingati ialah pengalaman yang dikongsi bersama, perbualan yang berlaku dan pandangan penuh makna antara satu sama lain. Bagi mereka, perkahwinan ini bukan hanya tentang satu hari tetapi kisah perjalanan mereka sebagai pasangan.

Di lantai tarian bercahaya biru, pasangan pengantin berpelukan dikelilingi tetamu
Pengantin perempuan bergaun pendek berbulu berkucupan dengan pengantin lelaki di tangga pada waktu malam

“Mungkin bunyinya klise, tapi memang betul setiap kenangan dari majlis kami terasa sangat bermakna. Sebab majlis kami kecil dan intim, kami dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan rapat,” kata mereka. Nasihat Leeana dan Tim kepada pasangan lain yang sedang merancang perkahwinan itu sebenarnya sangat mudah; “Majlis kahwin itu tentang kamu berdua. Jadi ikut apa yang kamu rasa sesuai. Bila kami buat majlis mengikut gaya kami sendiri dan fokus pada perkara yang paling penting, semuanya jadi lebih senang untuk dirancang.”

Kredit Vendor

Lokasi: Amankila, Bali

Jurugambar: Bonjo, Terralogical

Juruvideo: Bob, Leura Films

Perancang Majlis: Sinly, Bali Wedding Paradise

Dekorasi: Sweet Bella Project

Floris: Sandat Floral

Gaun Makan Malam Sambutan Pengantin: Zimmermann

Gaun Pengantin (1): Kyha Studios – tempahan khas

Gaun Pengantin (2): Kyha Studios

Gaun After Party: Cult Gaia

Kasut Pengantin: Mach & Mach, Manolo Blahnik, Giuseppe Zanotti

Barang Kemas: Anna Sheffield, serta anting-anting vintaj milik ibu pengantin

Suit Pengantin Lelaki: Enzo Beverly Hills – tempahan khas

Kasut Pengantin Lelaki: Yves Saint Laurent

Persembahan: Bali Fire Dancers, Luxe Voir (Live Band), Catherine Whitaker (Orkestra)

Kek: Sugar Legacy Bali