Hantaran Kahwin Lengkap Untuk Lelaki dan Perempuan – Panduan & Tips Bajet Terkini
Hiasan & Dekorasi

Hantaran Kahwin Lengkap Untuk Lelaki dan Perempuan – Panduan & Tips Bajet Terkini

HelloKahwin · Dikemas kini 14 Disember 2025 · 9 min bacaan

Kongsi artikel iniWhatsApp

Hantaran kahwin merupakan salah satu elemen penting dalam adat perkahwinan Melayu sebagai simbol penghargaan dan penyatuan dua keluarga.

Pemilihan hantaran yang sesuai sama ada untuk pihak lelaki mahupun perempuan memerlukan perancangan rapi agar selari dengan bajet dan keperluan semasa.

Artikel ini akan berkongsi kepada anda idea hantaran kahwin untuk lelaki dan perempuan, bersama panduan memilih barangan yang sesuai dan tip bajet terkini.

Apa itu Hantaran Kahwin

Hantaran ialah pemberian hadiah dalam bentuk wang dan barangan yang ditetapkan oleh keluarga perempuan.

Menurut Kamus Dewan, hantaran merujuk kepada hadiah dan barang-barang yang dibawa pihak lelaki untuk pengantin perempuan.

Dari sudut syarak, hantaran berkait dengan konsep hibah, iaitu pemberian sukarela yang memindahkan pemilikan tanpa sebarang gantian.

Dalam adat Melayu, hantaran telah menjadi amalan turun-temurun dalam majlis perkahwinan. Ia biasanya merangkumi wang, Al-Quran, sejadah, pakaian sepersalinan, tuala, barang kemas, buah-buahan, manisan dan pelbagai barangan lain.

Dari sudut sejarah, amalan hantaran dipercayai dipengaruhi budaya Hinduisme-Buddhisme yang wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam.

Oleh itu, selain hadiah berbentuk keagamaan atau keperluan diri, adat Melayu turut mengekalkan elemn seperti pertukaran buah-buahan, barangan kemas dan alat-alat persiapan diri.

Ratio Hantaran Antara Pihak Lelaki dan Perempuan

Dalam adat perkahwinan Melayu, pertukaran dulang hantaran antara pihak lelaki dan perempuan biasanya dibuat dalam bilangan ganjil sebagai simbol kesempurnaan dan keberkatan.

Kebiasaannya, pihak perempuan akan membalas lebih dua dulang daripada jumlah yang dibawa pihak lelaki. Antara ratio hantaran yang sering digunakan adalah:

  • 3 berbalas 5

  • 5 berbalas 7

  • 7 berbalas 9

  • 9 berbalas 11

  • 11 berbalas 13

  • 13 berbalas 15

Ratio ini boleh diubah mengikut kesesuaian, namun konsep asasnya tetap sama di mana pihak perempuan membalas lebih daripada jumlah yang dibawa pihak lelaki sebagai tanda penghormatan dan kesepakatan antara dua keluarga.

20 Idea Hantaran Kahwin Lelaki & Perempuan

1. Hantaran Al-Quran & Sejadah

source: sentuhan nin’s

Al-Quran dan sejadah sering menjadi antara hantaran paling bermakna kerana ia melambangkan permulaan hidup yang berpaksikan nilai agama.

Set ini biasanya dipersembahkan dalam kotak eksklusif atau dihias dengan renda dan bunga segar. Contoh jenama sejadah premium termasuk Sajada Luxe, Rindu Sajdah dan Al-Khalif.

  • Untuk perempuan: Melambangkan bimbingan dan kasih suami dalam memimpin rumah tangga.

  • Untuk lelaki: Tanda sokongan agar suami terus memegang amanah sebagai pemimpin beragama.

2. Hantaran Set Wangian

source: sentuhan nin’s

Set wangian memberi sentuhan romantik pada dulang hantaran kerana ia mencerminkan personaliti dan cita rasa pasangan.

Pilihlah aroma lembut atau maskulin mengikut kesesuaian. Antara jenama yang digemari ialah Dior, Chanel, YSL, Versace, Giorgio Armani, Mont Blanc dan Jo Malone.

  • Untuk perempuan: Menonjolkan keanggunan dan daya tarikan isteri.

  • Untuk lelaki: Membantu suami tampil lebih yakin dan bergaya.

3. Hantaran Coklat & Manisan

source: sentuhan nin’s

Coklat dan manisan sering dijadikan simbol kemanisan hubungan. Ia boleh dihias dalam kotak akrilik atau dulang bertingkat bagi memberi kesan mewah.

Antara pilihan popular ialah Ferrero Rocher, Lindt, Godiva, Royce, atau kekacang berbalut coklat.

  • Untuk perempuan: Menggambarkan hubungan yang manis dan harmoni.

  • Untuk lelaki: Kudapan kegemaran yang menunjukkan anda memahami citarasa suami.

4. Hantaran Buah-Buahan Segar

source: sentuhan nin’s

Buah-buahan segar bukan sahaja melambangkan kesuburan dan rezeki, malah tampil sangat cantik apabila digubah dengan bakul rotan atau kotak premium.

Anda boleh memilih buah seperti anggur import, strawberi, epal honey crisp, oren sunkist, buah naga atau pear korea.

  • Untuk perempuan: Doa agar kehidupan berumahtangga sentiasa subur dan diberkati.

  • Untuk lelaki: Simbol harapan agar suami sentiasa sihat dan bertenaga.

5. Hantaran Tuala

Tuala adalah antara hantaran yang mudah dihias kerana ia boleh dibentuk dalam pelbagai gubahan kreatif.

Anda boleh padankan tuala dengan sabun wangi atau set penjagaan badan agar nampak lebih eksklusif. Antara jenama yang berkualiti ialah Akemi, Jean Perry, dan Signature Cotton.

  • Untuk perempuan: Menggambarkan keselesaan dan penjagaan diri dalam kehidupan baru.

  • Untuk lelaki: Pilihan praktikal untuk kegunaan harian atau selepas bersukan.

6. Hantaran Kek atau Pastri Premium

Kek moden atau pastri mewah menaikkan seri dulang kerana tampil elegan dan eksklusif.

Anda boleh memilih burnt cheesecake, kek red velvet, croissant premium, pavlova atau mini tart daripada bakeri terkenal seperti Bisou, Fluff, Tedboy, dan Huckleberry.

  • Untuk perempuan: Menghidupkan simbol cinta yang manis dan lembut.

  • Untuk lelaki: Pilihan sempurna jika suami suka dessert atau kuih moden.

7. Hantaran Set Penjagaan Diri

source: sentuhan nin’s

Set penjagaan diri kini menjadi pilihan utama kerana sangat praktikal. Anda boleh menyediakan satu kotak lengkap yang mengandungi skincare, body lotion atau grooming kit.

Jenama popular termasuk Laneige, Kiehl’s, Hada Labo, The Body Shop, Cetaphil dan Clinique.

  • Untuk perempuan: Tanda perhatian suami terhadap kecantikan dan keselesaan isteri.

  • Untuk lelaki: Membantu suami tampil kemas dan rapi setiap hari.

9. Hantaran Kasut atau Sandal

source: sentuhan nin’s

Kasut menjadikan hantaran tampak moden dan bergaya. Pilihan bergantung kepada personaliti pasangan sama ada sneakers, loafers, heels atau sandal kulit.

Antara jenama yang sering dipilih ialah Aldo, Carlo Rino, Nike, Adidas, Timberland, Skechers, atau Hush Puppies.

  • Untuk perempuan: Menyatakan harapan agar isteri melangkah penuh bergaya dalam kehidupan baru.

  • Untuk lelaki: Simbol langkah pertama suami mengemudi rumah tangga.

10. Hantaran Jam Tangan

source: sentuhan nin’s

Jam tangan bukan sekadar aksesori tetapi melambangkan komitmen dan masa depan bersama.

Anda boleh memilih jam klasik atau smartwatch seperti Fossil, Casio Edifice, G-Shock, Daniel Wellington, Tissot, Apple Watch atau Samsung Galaxy Watch.

  • Untuk perempuan: Menggambarkan masa berharga yang akan dilalui bersama.

  • Untuk lelaki: Menjadi tanda disiplin dan tanggungjawab seorang suami.

11. Hantaran Set Minyak Wangi Rumah

Aroma rumah juga memainkan peranan dalam membina suasana bahagia. Set minyak wangi rumah seperti diffuser, lilin aromaterapi, atau room spray menjadikan hantaran tampak moden dan segar.

Antara jenama popular ialah Bath & Body Works, Yankee Candle, NEOM, Sandalwood, dan Hooga.

  • Untuk perempuan: Memberi ketenangan dalam mengurus rumah tangga.

  • Untuk lelaki: Menjadikan rumah tempat istirehat yang nyaman selepas bekerja.

12. Hantaran Barangan Hobi

Hantaran ini lebih peribadi kerana ia menunjukkan perhatian anda terhadap minat pasangan.

Barangan hobi boleh berupa kamera, set melukis, alat muzik, board game, gaming headset, dumbbell atau aksesori memancing.

  • Untuk perempuan: Menyokong minat isteri dan meraikan hobi yang menggembirakan.

  • Untuk lelaki: Menjadi tanda anda memahami dunia suami dan minatnya.

13. Hantaran Barang Elektronik

source: sentuhan nin’s

Barangan elektronik menjadikan hantaran lebih moden dan praktikal. Pilihan merangkumi earbuds, tablet, headphone, powerbank, smartwatch, mini speaker, atau kamera Polaroid.

Jenama popular termasuk Apple, Samsung, Anker, JBL, Sony dan Xiaomi.

  • Untuk perempuan: Memudahkan urusan isteri, terutama yang bekerja atau belajar.

  • Untuk lelaki: Menyokong gaya hidup teknologi suami.

14. Hantaran Pakaian Sepersalinan

source: sentuhan nin’s

Pakaian sepasang seperti baju kurung moden, jubah, blazer atau kemeja formal sangat sesuai dijadikan hantaran.

Anda boleh memilih jenama seperti Zara, Hatta Dolmat, Naelofar, Uniqlo, atau ByAmeera.

  • Untuk perempuan: Menyediakan pakaian yang sopan dan anggun untuk isteri.

  • Untuk lelaki: Melambangkan imej kemas dan teratur seorang suami.

15. Hantaran Beg Tangan atau Dompet

source: sentuhan nin’s

Beg tangan atau dompet sentiasa menjadi hantaran yang elegan. Pilihan termasuk Carlo Rino, Coach, Braun Buffel, Pedro, Fossil atau Guess.

  • Untuk perempuan: Aksesori utama bagi isteri yang menonjolkan gaya dan keyakinan.

  • Untuk lelaki: Dompet yang kukuh dan kemas melambangkan tanggungjawab suami sebagai pemberi nafkah.

16. Hantaran Aksesori Perhiasan

source: sentuhan nin’s

Antara hantaran yang cukup istimewa ialah perhiasan seperti rantai, gelang, cincin, subang atau butang baju melayu eksklusif. Jenama pilihan termasuk Habib, Poh Kong, Pandora atau Swarovski.

  • Untuk perempuan: Menambah seri dan memuliakan isteri pada hari bahagia.

  • Untuk lelaki: Memberikan sentuhan elegan pada gaya suami.

17. Hantaran Set Dapur Mini

Set dapur mini seperti air fryer, blender, portable cooker atau coffee maker menjadikan hantaran sangat praktikal dan moden.

Jenama popular seperti Philips, Tefal, Cornell, Russell Taylors dan Nespresso.

  • Untuk perempuan: Memudahkan tugas memasak dan menyediakan makanan.

  • Untuk lelaki: Sesuai untuk suami yang minat kopi, memasak atau meal prep.

18. Hantaran Sirih Junjung atau Tepak Sirih

source: sentuhan nin’s

Sirih junjung atau tepak sirih ialah simbol adat dan kesopanan dalam perkahwinan Melayu. Ia melambangkan penghormatan dan pertemuan dua keluarga.

  • Untuk perempuan: Menggambarkan kelembutan dan adat ketimuran.

  • Untuk lelaki: Simbol penyatuan keluarga dan restu dalam perkahwinan.

19. Hantaran Mas Kahwin

source: sentuhan nin’s

Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada pengantin lelaki kepada perempuan sebagai tanda tanggungjawab dan penghargaan. Ia biasanya disertakan dalam bingkai kaca atau kotak eksklusif.

  • Untuk perempuan: Bukti sah menerima akad dan tanggungjawab suami.

  • Untuk lelaki: Tanda kesediaan memulakan kehidupan bersama.

20. Hantaran Set Rawatan Rambut atau Body Care Spa

Set rawatan rambut atau body care spa merupakan hantaran yang memberi sentuhan memanjakan dan mewah. Ia sesuai untuk pasangan yang menitikberatkan penjagaan diri.

Anda boleh menyediakan set lengkap seperti hair mask, serum rambut, shampoo khusus, atau rangkaian body spa seperti body scrub, lotion dan shower gel.

Antara jenama yang popular ialah L’Oréal Professional, Kerastase, OGX, Tresemmé, Bath & Body Works, Lush, dan The Body Shop.

  • Untuk perempuan: Sebagai belaian lembut untuk isteri tampil yakin setiap hari.

  • Untuk lelaki: Sesuai untuk menjaga imej dan gaya suami agar sentiasa kemas.

Tips untuk Jimat Hantaran Kahwin

1. Tetapkan Bajet Awal & Ikut Keutamaan

Kenal pasti jumlah maksimum yang anda mampu dan senaraikan hantaran mengikut keperluan. Dahulukan barangan yang wajib atau paling bermakna, kemudian barulah yang tambahan.

2. Kurangkan Bilangan Dulang

Tidak wajib banyak dulang untuk menjadikan hantaran cantik. Pilih jumlah ganjil paling minimum seperti 5 berbalas 7, tetapi pastikan barangan dipilih dengan teliti dan berkualiti.

3. Gunakan Barangan Sedia Ada

Jika pasangan sudah memiliki barang berjenama atau berkualiti tinggi, anda boleh gunakan yang baharu dibeli sebelum ini. Contohnya, perfume yang belum dibuka, beg tangan baharu, atau skincare masih dalam kotak.

4. Beli Semasa Sale Besar

Ambil peluang membeli ketika jualan seperti 11.11, 12.12, Brand Day, Year-End Sale atau clearance outlet. Anda boleh dapat potongan harga sehingga 50–70%.

5. DIY Gubahan Hantaran

Gubahan sendiri jauh lebih murah berbanding ditempah. Anda boleh mencari inspirasi di YouTube atau TikTok dan beli bahan asas seperti riben, dulang, kain baldu dan bunga di kedai seperti Mr. DIY atau Daiso.

6. Pilih Barangan Praktikal & Berguna

Tidak perlu membeli barang terlalu mahal. Pilih item yang benar-benar boleh digunakan seperti tuala berkualiti, set penjagaan diri, atau kasut harian.

7. Elakkan Jenama Terlalu Premium

Jika bajet terhad, pilih jenama sederhana tetapi berkualiti seperti Pedro, Carlo Rino, Uniqlo, The Body Shop, Hada Labo, atau Fossil berbanding jenama high-end.

8. Elakkan Set Hantaran Terlalu Besar

Beli barangan dalam bentuk mini set atau travel size untuk menjadikan dulang lebih penuh tanpa perlu harga tinggi. Travel set juga lebih mudah disusun dan dihias.

9. Guna Semula Dulang

Ramai keluarga mempunyai dulang hantaran yang pernah digunakan. Bersihkan dan hiaskan semula untuk jimat kos tanpa perlu beli dulang baharu.

10. Elakkan “Top-up Barang” Saat Akhir

Biasanya kos akan naik apabila kita tambah barang pada saat akhir kerana rasa masih “tak cukup penuh”. Rancang awal, beli mengikut senarai, dan elakkan tambah barang tidak perlu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penyediaan hantaran kahwin tidak semestinya mahal, sebaliknya bergantung kepada perancangan dan pemilihan barangan yang bijak.

Dengan memilih item yang praktikal, membeli mengikut bajet dan memanfaatkan tip penjimatan, pasangan boleh menyediakan hantaran yang indah tanpa tekanan kewangan.

Artikel Lain: